Ayda Jebat yang mula mencipta nama menerusi lakonannya bersama Zul Ariffin menerusi drama Rindu Awak 200% kini telah pun berusia 23 tahun. Baru-baru ini telah diadakan satu ‘suprise party’ oleh para peminat Ayda Jebat tanpa pengetahuan pelakon tersebut. Pastinya Ayda Jebat rasa terharu dengan usaha gigih para peminatnya ini. Selamat hari lahir yang ke 23 Ayda Jebat. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Semoga hubungan Ayda Jebat dengan para peminat juga semakin kukuh. Tanpa peminat, memang seseorang selebriti itu tidak boleh pergi jauh. Sentiasalah menjaga hati para peminat, bebas dari kontroversi dan tingkatkan prestasi. Ayda Jebat mempunyai potensi untuk menjadi seorang pelakon yang berwibawa. Semoga potensi itu dapat dipenuhi.
Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi Ayda Jebat yang ke 23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada ThePhotolicious kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini.
No comments:
Post a Comment