Thursday, 7 May 2015

15 Kisah Lawak Lucah Pendek yang Ehem ehem... heheheh

15 Koleksi Kisah Lawak Lucah Pendek Yang Ehem Ehem..!!!

Jom kita selongkar antara koleksi menarik kisah lucah pendek yang menarik dan masih lagi terhibur
tatkala membacanya... layannn...

Just For fun... ;)















1. Dahsyatnya Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak
 ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai
 lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak
 bongsu mereka.

"Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu."

"Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-Quran," balas Kassim, sambil ke
 bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab Al-Quran dan meminum seteguk air sejuk
Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya.

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM.."

"Bang anak? Anak dah tidur.." Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik
kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

"SODAQALLAHULAZEEM.."

Tu lah dahsyatnya malam Jumaat..

2. Kasut di Malam Pengantin



Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya
 telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya.
 Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut.

Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol
 kejelitaan ditengah majlis itu.

Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara
pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu.
Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur
mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang
 kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!".

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki,

"Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.."

Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit

je sayang.."

Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, "Mari cuba yang satu lagi.
 Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye.."

Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan..


Teruskan Selongkar...

3. Lelaki Hamil




Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki
 gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba-tiba die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke
 belakang. Ooo.. ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu
bertanya..

Lelaki Gemuk: "Hai, akak bunting ya?"

Ibu Hamil: "Takdelah! Sudah tahu tanya lagi." (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut
 bertanya)

Lelaki Gemuk: "Isinya orang ya kak?"

Ibu Hamil: "Ya!" (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya) "Encik pun bunting ya?"

Lelaki Gemuk: "Ya! Hahahahaaa!!"

Ibu Bunting: (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya) "Isinya orang ya?"

Lelaki Gemuk: "Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!"

Ibu Buting: (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)

Lelaki Gemuk: "Laa kenapa akak ketawa?"

Ibu Bunting: "Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar." (sambil menunjuk seluar lelaki yang
 lupa dikancing)


4. Menjalani Malam Pertama Pengantin




Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya,
 menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon, "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih
 bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku
 memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat, "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap, "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

"Kok macam biasa aja isteri kamu"... Baskon Terdiam

5. Cari Yang Spesial 



Nak di jadikan cerita, ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung. Waktu dia susah dulu, teringin
 sangat dia nak pi KL, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke KL. Pasai banyak duit,
 dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di KL, dia menginap di KL International
 Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi, perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas
check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru): "Mat.. aku lapag ni, belikan aku mee yang spesial satu."

Mat: "Oke Boss.. Tapi mee yang spesial tu macam mana Boss?"

O.K.B: "Ishk.. Hang niii, mee yang spesial tuu.. Pakai telog dua biji laa.."

Mat: "Ooooo.. Siap Boss.."

Lepas tu makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00 petang, perut O.K.B tu berkeroncong lagi.
 Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B: "Mat..! Aku lapag nihh, pi beli nasi goreng spesial satu."

Mat: "Nasi goreng spesial? Yang pakai telog dua tu Boss?"

O.K.B: "Waaaa, dah pandai dah hang Mat, no? Cukup tau aku punya taste.."

Mat: "Mesti laa Bosss. Bagi saya 10 minit saja Bosss.."

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib. Dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat.
Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk
lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi.

O.K.B: "Mattt!!"

Mat: "Yaaaa.. Boss.."

O.K.B: "Mai sini sat.."

Mat: "Ada apa Boss?"

O.K.B: "Mat...'adik' aku minta laaa.." (dgn nada berbisik) "Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang,
yang spesial tau!"

Mat: (sambil tergaru-garu kepala) "..oke Boss!"

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.
 Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak
 pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia
 dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B: "MATTTT!!"

Mat: "Ada apa Boss??"

O.K.B: "Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu.. Aku kan kata awek..?"

Mat: "Laaa.. Tadi Boss kata cari awek yang spesial.. Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua.."

O.K.B: "..????"

6. Isteri Pandai Bermain Seks



Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu. Ketika wanita muda tuan rumah itu
 membuka pintu, lelaki itu bertanya,

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut, wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah. Namun, lelaki itu
tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit
 sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu.

Malamnya, wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya
 berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar, keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera
membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang.

Lelaki itu terus bertanya, "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani.

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu, "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya
 menjauhi isteri saya!!!"

7. Berbogel Menaiki Beca




Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan,
si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata, "Kenapa, tak pernah tengok
perempuan bogel ke?"

"Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan?
" jawab tukang beca tu.


8. Alasan Perlu Kahwin


Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas
 mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah
 berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa
duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan
mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu
belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan..."

9. Anu Seperti Bayi

Sepasang kekasih yang hendak bernikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya,
 "Sekarang masanya untuk saling jujur ​​agar nanti kita tidak kecewa."



Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya ini rata ... seperti papan ... kalau
kau tidak suka katakan sahaja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.

Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting.
Tetapi cinta kasih ..." Gadis pun lega mendengarkannya.

"Saya juga perlu menyatakan sesuatu sejujurnya padamu.", Jelas pemuda. Gadis menganggok tersenyum.
 "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi ...", kata pemuda.

"Sstt ... sudahlah ia tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih," sahut si Gadis.

Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam perkahwinan tiba. Gadis mula membuka baju dan terdedahlah
dadanya yang memang benar-benar rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.

Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya. Melihat itu gadis menjerit
dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi ...?"

"Ye la memang seperti bayi ... panjang 50 cm dan berat 3 kg ..."

10. Bulan Madu Tiga Anak Dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga
 orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan
 mereka secara serentak.




Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis
 perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing,
 kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita
 sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap
pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat
menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan
 tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari
 anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang
cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar
 yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya
 juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan
Standard Chartered Bank rupanya bermaksud "Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua
orang tua tersebut.

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi
 minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah
 hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya
 juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka
 mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS
di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi, "Tiga kali sehari, tujuh hari
seminggu..."



11. Memakai Skirt Ketat Paras Lutut

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse
 lengan panjang sedang berdiri disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
 pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana
skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun
 masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
 keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan
 kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang
 beratur di belakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak
 punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki di belakangnya yang melakukan
perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut, "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawab lelaki tersebut, "Ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"


12. Tetamu Ketika Mandi

Siti dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba
 lonceng pintu berdering. Maka si Siti terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah
untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Abdul jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata "Oh ... Minta maaf kerana
 menggangu u yang sedang mandi ..."

Siti menjawap "Tidak apa, biasalah tu. Apa u mahu?"

Abdul terus dengan ghairahnya menjawap, "Ohh Siti ... U mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera,
jika I offer u RM100.00 sanggupkah u menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan??"

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan
buah dadanya yang menbukit demi wang RM 100.00.

"Wow!!!" Abdul dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan
 semangatnya sekaligus menawarkan RM 100.00 lagi kepada Siti untuk menanggalkan kesemua tualanya!

"Kenapa tidak," balas Siti "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya
 memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun.

Maka Abdul terus menyerahkan Note RM 200.00 kepada Siti tanda kepuasan yang tak terhingga sambil
 berlari pulang ke rumahnya. Apabila Siti kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka
 suaminya bertanya, "Siapa yang membunyikan loceng pintu?"

"Jiran kita, Si Abdul" Jawap Siti

"Abdul?" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan wang RM 200.00 yang dipinjam dari saya tempoh
 hari?"

13. Susu Ibu

Amir dan Amar adalah dua orang saudara kembar. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama seperti
bermain atau menonton rancangan kartun di television. Mereka berkongsi hobi dan minat yang sama.

Namun begitu ada satu perkara yang membuatkan Amir agak tidak menyukai Amar iaitu ketika menyusu
badan. Amir selalu sahaja tidak dapat menyusu badan dari ibunya gara-gara Amar yang selalu dapat. Ibu
mengatakan yang Amar adik kepada Amir jadi sebagai seorang abang Amir terpaksa beralah walaupun
 sebenarnya dia juga mahu disusukan oleh ibunya.

Pada suatu malam Amir dengan senyap-senyap telah menyusup masuk ke bilik ibu bapanya dan
 meletakkan racun pada puting ibunya.

“Esok mesti Amar akan mati. Boleh la aku hisap susu ibu tanpa perlu berebut” Kata Amir didalam hati
 sambil tersenyum. Tak sabar-sabar dia menanti hari esok.

Ke esokkan harinya Amir melihat ibunya menangis teresak-esak. Dalam fikirannya membayangkan yang
 Amar tentu sudah mati. Terkejut Amir apabila melihat Amar berada disebelah ibunya dalam keadaan sihat.
 Langsung tiada tanda-tanda yang Amar dalam kesakitan. Dengan terketar-ketar Amir bertanya pada Ibu:

Amir “Bu… Kenapa Ibu menangis ni?”

Ibu “Ayah dan meninggal dunia! Ibu pun tak tahu sebab pe!!”

Amir “!!!!….”

**Orang lain pun tumpang hisap susu ke? Hahaha…

14. Pasangan Lanjut Usia


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil... sepasang suami
 isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu...

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar,
menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya." Si suami dengan
 rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu... abang selalu
 gigit-gigit leher saya..."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri
 bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"


15. Papa dan Mama di Dalam Bilik

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:

"Nenek, mana Papa dan Mama?"

"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya
 lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"

"Mereka masih di dalam bilik." neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah
 anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

"Di mana Papa dan Mama?"

"Masih di dalam bilik." jawab nenek.

Anak itu tertawa geli
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi

Si anak menjawab,

"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..." 

2 comments:

  1. if you want watch some malay porn, then click Semangat kulum nya this video link.

    ReplyDelete
  2. Texasbola.com - Kompany besar Agen Bola Sbobet Asia online terpercaya di Indonesia dengan pelayanan tercepat dan Aman Sejak 2007

    Nikmati Promo Terbaik Dari Kami Untuk Pecinta Betting Online :
    •PROMO BONUS SPORTBOOK 10% NEW MEMBER
    •PROMO BONUS CASHBACK SPORTBOOK 5-15%
    •PROMO BONUS CASINO 10 NEW MEMBER
    •PROMO BONUS ROLLINGAN 07-1% SETIAP MINGGU NYA
    •PROMO BONUS SABUNG AYAM 10% NEW MEMBER
    •PROMO BONUS NEXT DEPOSIT 5%
    •PROMO BONUS CASHBACK 5% SABUNG AYAM SETIAP MINGGU NYA
    •BONUS REFERRAL 1.5 & 10 %

    Untuk informasi lebih lengkap silahkan hubungi kami dibawah ini:
    • PIN BB : 2B6802A4 / D8CE2524
    • LINE ID : texasbola
    • Whats Up : +6282275282558 / +6285361221912
    • SKYPE : texasbola303@gmail.com
    • Instagram : texasbola_303
    • LIVE CHAT : texasbola.com

    Ayo buruan daftarkan diri anda segera dan ajak temanmu bergabung bersama kami !! Dapatkan pendapatan SPEKTAKULER Setiap Minggu nya dari Texasbola

    ReplyDelete